nombor bertuah awak! selamat datang.

Wednesday, 8 August 2012

.: susah sangat ke nak berbudi bahasa? :.

assalamualaikum dan salam sejahtera. salam satu Malaysia!

sungguh berbudi bahasa. kannn? *tiup tudung*

bulan Ramadahn yang penuh berkat ini, aku menyeru diri sendiri dan anda semua untuk berbudi bahasa. aku yakin followers di twitter ada nampak aku mengamuk semalam gara-gara bertekak dengan kakak si penjual di kedai runcit.

petang yang panas, aku ke kedai runcit untuk membeli top-up.

'kak, saya nak beli top-up maxis RM5 dgn celcom RM5'

aku pun keluarkan sekeping not RM50. al-maklumlah baru dikeluarkan dari peti besi mesin ATM.

tiba-tiba,

'tak ada duit kecik ke?' 
*sila baca dengan nada yang tinggi* balas si kakak yang comel-lah-jugak-tu.

'takde lah kak. ni je duit yang saya ada' 
*suara innocent*

'pergi cari duit kecik dulu!' 
*kali ni sila baca dengan nada yang sangat tinggi* walawehhhh, dia tengking aku bhai.

'KAN SAYA DAH KATA. NI JE DUIT YANG SAYA ADA!' 
aku tak tahan sangat dah masa tu. dia tengking aku depan orang ramai. itu bukan sekali dia tengking, dah banyak kali. 3 sem aku kat sini, sepanjang pembelian aku kat kedai runcit tu mesti dilayan macam tahi.

terus dia seluk tangan dalam balang yang penuh dengan not berwarna merah dan hijau. dia bagi aku bagi RM40 tanpa menghulur tetapi dia sadaikan je atas meja.

sungguh aku sangat bengang saat tu. bukan aku je yang dilayan sedemikian rupa. ramai lagi. penat telinga aku nak dengar kawan sekeliling mengadu cara layanan yang sangat tak berbudi bahasa tu. fuhhhhhhhhhh

aku diajar untuk berbudi bahasa.
aku juga diajar untuk tidak menjadi tuli apabila dilayan macam tahi.
budi bahasa aku untuk insan yang berhati murni.
tak kira umur, tak kira darjat, tak kira pangkat, tak kira kaum.
anda berbudi, saya berbudi.
anda berbahasa, saya berbahasa.

tak susahkan untuk mewujudkan suasana berbudi bahasa.

aku yakin ramai di luar sana tak suka dilayan sedemikian rupa. kalau tak suka, jangan sekali-kali kau berdemikian rupa. kelak makan diri dik oi~

ni ada perkataan magis!
*maaf
*terima kasih
*pleaseeeeeeeeeeeee

bulan Ramadhan ni bukan sahaja bulan untuk kita beribadah, waima bulan untuk menjadikan diri supaya lebih baik. ingat wahai diri sendiri, dosa dengan Tuhan boleh minta ampun kerana Tuhan itu Maha Pengampun tetapi dosa dengan sesama makhluk yang tak punya sifat Maha Pengampun? Allahua'lam.

tepuk dada tanya iman. mahukah menjadi manusia yang kaya dengan budi bahasa? itu terpulang pada diri sendiri. jangan nak maki orang pula kalau diri tak berbudi bahasa. :)

faezah (Y)

No comments:

Post a Comment