nombor bertuah awak! selamat datang.

Wednesday, 17 April 2013

.: kembalikan :.

jari-jemari sudah tidak mampu menari untuk meluahkan rasa,
lidah keras membeku tidak mampu melentur kata,
cuma ada satu kata,
satu kata yang mampu ditulis oleh jari-jemari,
satu kata yang mampu lidah bersuara,
satu kata itu,
KEMBALIKAN.


Sunday, 24 March 2013

.: melangkah terus gagah:.

satu saja hal yang aku mahu teriak biar sampai pekak telinga kamu,
selalu saja buat aku dirundung pilu,
entah macam tiada perasaan memperlakukan aku sebegitu,
suka benar memperkotak-katik setiap apa yang aku mahu.

kerana malam itu gelap,
bisa saja kau terangkan hati mereka dengan mulut busukmu,
kerana siang itu terang,
boleh saja kau gelapkan mata mereka dengan lakon palsu dramamu.

satu saja hal yang bakalan diteriakkan kuat ke telinga kamu,
jerit biar sampai pekak,
gegar gegendang telingamu yang bagus juga pecah dek dentuman suara pekikan aku,
sungguh aku mahu,
mahu lakukan itu,
teriak biar sampai pekak telingamu.

satu hal itu yang serasanya tak perlu dihebahkan seantero dunia,
walau itu yang mahu aku lakukan,
satu hal itu akan aku simpan biar jadi agen penguat hati untuk terus tidak rebah pada hitamnya perilakumu.

tahu kenapa aku terusan kuat?
sikitpun tak akan melutut depan kamu?
kerana aku punya Tuhan untuk mengadili setiap perilaku burukmu itu.


"biar dia buat aku. Tuhan ada untuk balas segalanya." sikitpun tiada getar pada suara wanita itu. tenang melangkah tanpa mahu berpaling ke belakang. kagum diri ini melihat ketabahan dia walau ujian datang bertimpa-timpa. tidak mahu terus dirundung pilu, senyuman mekar terus terukir walau pahit bak hempedu.

semoga kau kuat dan terus melangkah gagah. demi Tuhan, kau akan bahagia dan senang perjalanan sebagai pemusafir di dunia ini selagi YANG MAHA ESA tetap di setiap denyut nadimu. SALUTE!!

Tuesday, 25 December 2012

.: secangkir kopi II :.

Rasa rindu yang menggila ini aku raikan bersama secangkir kopi tanpa gula. Hitam kopi ini sehitam langit tanpa bintang-bintang berkerdipan. Pahit kopi ini sepahit memori bahagia yang terpaksa aku telan demi meneruskan hidup tanpa ada rasa sikit pun bahagia bersama kau di sisi.

Sejak kau pergi dan aku telah terganti, banyak puisi-puisi sepi memenuhi ruang lohong hati. Kau bahagia dan aku pula rasa celaka dek dibayangi indahnya cinta kita.

Sayang, senangnya kau menggantikan aku. Sayang, tegarnya kau membuang aku dari hidupmu. Sedangkan aku masih lagi di sini bersama-sama memoir yang kita lakar bersama.

Ternyata sampai bila-bila pun aku akan tetap berada di sudut koridor ini bersama secangkir kopi tanpa gula dan ditemani puisi-puisi sepi kerana kau takkan pernah terganti.

Sayang, aku akan sentiasa menanti kau di sini. Takkan pernah aku lupa janji untuk membancuh dua cangkir kopi bergula dan ditemani puisi-puisi cinta dua hati, kau dan aku di koridor ini.

faezah.

Friday, 14 December 2012

.: lohong paling dalam :.

malam ini aku hanya ingin ditemani manik-manik putih yang kilangnya mata kanan dan kiri.
malam ini aku agak rapuh.
jatuh ke dalam lohong yang paling dalam.

derap langkah yang menemukan aku dengan gadis.

gadis.
dulunya kau yang paling ceria.
bahagia yang paling tak dibuat-buat.
senyum, gelak dan ketawa yang bukan palsu.
punya sebab untuk bertindak demikian.

gadis.
kininya kau yang paling duka.
sedih yang paling tak dibuat-buat.
tangis, teriak dan sedu yang bukan palsu.
punya sebab untuk bertindak demikian.

aku teruskan perjalanan dan temui sebuah kotak.
aku buka kotak itu.
aku temu lagi dengan gambar-gambar gadis.
aku lihat satu... satu... gambar gadis.

gadis.
aku ingin lihat kau senyum macam ini lagi.
senyum yang paling tak dibuat-buat.

apakah yang membuatkan kau jadi sebegini, gadis?

jika dapat aku selam ke dalam hatimu yang paling dalam,
akan aku lakukan.
demi gadis.

gadis ketawa... 
ketawa... 
ketawa...

gadis itu adalah aku yang ditemani manik-manik putih yang kilangnya mata kanan dan kiri.
gadis yang punya sebab untuk bertindak demikian.
gadis yang lemas dalam hatinya yang paling dalam.
gadis yang sudah tidak mampu senyum tanpa dibuat-buat.

gadis teruskan perjalanan kerana dia yakin Tuhan akan pancarkan sinar buatnya suatu masa nanti.

Tuesday, 4 December 2012

.: Tuhan, izinkan. :.

duduk termangu sambil memegang sebuah buku puisi. isi dalamnya seakan-akan mengerti tentang rasa dingin hati. rindu, sayang, benci, marah dan segala rasa yang bercampur. ingin sekali selam dalam hati dan cantumkan semua supaya jadi satu arca. satu arca yang sekali dipandang memberikan lapan puluh enam juta kali infiniti kepada si pemandang. cuma, dia perlu pandang dengan menggunakan semua pancaindera. tak ada hadiah berjuta untuk diberi, hanya puisi-puisi yang mampu dideklamasi.

aku rindu,
cuma aku tak mahu mengaku.

aku sayang,
cuma aku tak mahu tayang.

aku benci,
cuma pada jarak diri.

aku marah,
cuma pada ego yang gagah.

lapan puluh enam juta kali infiniti rasa ini tak terluah.
biarkan berkuah dalam pekat cecair memenuhi ruang legar muntah.

mulanya aku salahkan semua kuasa alam yang sedang cuba untuk jarakkan kita.
mulanya amarah yang semakin membara.
semua itu buat aku lupa pada Sang Pencipta.
semua itu rasukan minda yang jalangnya iblis.
kembali kepada fitrah yang memerlukan Al-Khaliq.

bukankah Tuhan itu sudah tetapkan segala yang indah.
jauh itu bukan selamanya.
kuasa dua telapak tangan ditadahkan untuk meminta mesti digunakan sebaiknya.

Tuhan,
izinkan kami bertemu di Syurga yang indah.

habis sudah puisi malam ini yang diluahkan supaya tak terbuku dalam hati. lalu, buku puisi dikatup dan disimpan rapi. itu harta yang berkualiti. buku yang teman kala diri sepi. satu-satu gambar aku tenung sambil senyum. ibu yang paling kenal aku, abah yang paling risaukan aku, abang yang selalu buat aku berbulu, maksu yang selalu menangkan aku, atok nenek pakcik makcik sepupu yang selalu ada untuk dukung aku, sahabat-sahabat hadiah dari Tuhan yang selalu gembirakan aku, orang sekeliling yang selalu banyak membantu. hanya Tuhan yang dapat membalas segalanya. semoga doa aku termakbul, habis hayat ini suatu hari nanti, kita akan bertemu di Syurga.

nota jari: aku tak suka berjauhan dengan orang yang aku sayang. risau berlegar-legar. apa pun Tuhan ada
untuk jagakan.

faezah

Wednesday, 28 November 2012

.: secangkir kopi :.

mungkin terlalu awal. kopi dituang ke dalam cangkir jernih. warna hitam legam memenuhi ruang cangkir yang merupakan peneman kala rasa celaka menjengah tiba-tiba. bau kopi yang memenuhi ruang kamar. wap-wap panas membelai lembut pipi. nyaman dan tenang. kuasa kopi yang tak pernah mengecewakan.

dia duduk di tepi koridor. angin malam yang sejuk menggigit kulit mulusnya dan tulang rawa kedinginan. kopi disedut dari cangkir jernih. nyaman dan tenang. malam itu bulan dilindung awan. bintang tak kelihatan kerana dia berada di kota metropolitan yang langitnya dicemari cahaya. bumi kini banyak pencemaran. pencemaran air, pencemaran udara, pencemaran bunyi dan satu pencemaran yang agak rare iaitu pencemaran cahaya. celaka sungguh pencemaran cahaya ini. tak dapat nak kira bintang.

buku catatan puisi dicapainya. dia menulis tanpa ada sikitpun kata tipu dan pura-pura. penulisan yang jujur. hasil luahan ceritera hati yang dipendam lama. bullshit. marah, duka, sedih dan pelbagai kata adjektif yang negatif tak mampu dia sebut. 

-dua dekad-

malam ini seperti malam-malam satu per tiga dua dekad jasad dihuni,
malam yang sunyi dan sepi.
malam yang tanpa ada jasad hangat di sisi,
malam yang tanpa ada kucupan indah hinggap di pipi,
cuma ada secangkir kopi dan puisi-puisi sepi.

dua dekad sudah jasad ini berpenghuni,
dulu ada juga si dewasa yang sentiasa teman dan memahami, 
kini hanya diri sendiri.

dua dekad sudah jasad ini berpenghuni,
sudah masanya dia punya teman disisi,
supaya tak berseorangan mati nanti,
supaya ada yang kirimkan doa semasa mengahadap Ilahi.

dua dekad sudah jasad ini berpenghuni,
masih sendiri,
masih sunyi,
hanya ditemani secangkir kopi dan puisi-puisi sepi.

kopi dihabiskan. dia sudah tidak mampu lagi untuk menulis. cukuplah malam ini menulis puisi sepi lagi. awan sudah tunjukkan bulan. bintang tetap juga tidak kelihatan. malam ini seperti malam-malam sebelum yang ditemani oleh secangkir kopi dan puisi sepi.

mata dikalihkan ke sudut bilik. cahaya lampu yang kekuningan membuatkan dia ingin berlayar ke alam mimpi. kaki digagahkan juga ke sinki. basuh cangkir yang akan digunakan lagi. 

dia menghempas badan di katil. lipatan selimut dikiraikan dan membaluti tubuh sebagai persediaan untuk kembara ke alam mimpi. tanpa disedari ada manik-manik putih yang hangat jatuh ke pipi. mata dikatup dan roh mula keluar dari jasad. 

bermulalah kisah pengembaraan di alam mimpi. malam itu dia minta Tuhan hadiahkan kisah mimpi yang bahagia supaya dia tak emosi esok pagi.

faezah.

p/s: ini bukan kisah aku. kisah yang datang dari sudut lain aku. 

Tuesday, 27 November 2012

.: randomness :.

malam tidur macam biasa walau kadang agak lewat.
pagi bangun macam biasa walau kadang agak telat.
aku hari-hari buat rutin biasa walau penat.

aku kawan dengan semua.
sikit pun aku tak memilih terutama rupa.
biasalah kadang orang kata aku sombong.
orang cantik kalau tak senyum memang nampak macam minta kena lempang.
ah, biasalah tu orang belum kenal.
bila dah kenal cerita fasal tahan berak pun rasa senang.

kalau tak cari fasal tu memang bukan aku.
mulut tu kadang macam peluru berpandu.
suka hati main tuju.
bila kena tang batang hidung sendiri baru nak terkulat-kulat.
ah, biasalah kena balas balik.
chill sudah.

aku ni bukan sexist.
lelaki perempuan aku layan sama.
kadang berat sebelah dengan lelaki.
kalau berat sebelah perempuan tak ke macam lesbo namanya?
haaaa ni tak lawak.
lelaki ke perempuan ke selagi tak buat pailang aku sayang.
alaaaa aku pun punya perasaan.
takkan nak diam bila kena tekan.
hoi! tertekan.

maaflah aku buat nakal.
nakal aku khas untuk yang kenal.
janganlah duga aku tak buat dosa.
aku pun manusia yang alpa.
please, terima aku seadanya.

selagi aku masih bernyawa.
bernaung di bawah langit biru yang sama.
kau, aku tetap kawan selamanya.

no hard feelings!

faezah <3