nombor bertuah awak! selamat datang.

Monday, 13 August 2012

.: sama tapi lain :.

Ogos 2012.
perasaan yang sama tapi lain.
perasaan yang sama aku masih sayang kau.
perasaan yang lain aku sorang yang masih sayang.

jalan yang sama tapi kondisi lain.

Ogos 2011.
kita meluncur dalam sebuah kereta yang sama.
dalam hujan lebat yang entah bila mahu berhenti.
kau pandu laju, aku di sebelah memerhati.
saat itu aku tanam angan supaya suatu hari nanti aku hari-hari memerhati kau di sebelah.

Ogos 2011.
aku meluncur seorang diri di jalan yang sama.
hari panas terik yang kering entah bila akan dibasahi.
aku masih memerhati.
luar tingkap.

saat itu memori masih berputar ligat.
aku hanya memerhati melalui singkap memori.

sungguh perasaan yang sama tapi lain tanpa kau di sebelah, memandu di jalan yang sama.

aku di sini menyingkap sejarah.
kau di sana melakar sejarah.
sama subjeknya, lain intensinya.

Ogos 2011.
angan yang ditanam aku cabut dan buang.
supaya aku kuat dan terus kuat.
walau aku lalui perasaan yang sama tapi lain.

Ogos 2013.
semoga aku kuat.


No comments:

Post a Comment