assalamualaikum. :)
aku bercakap dengan seorang perempuan yang aku lihat sedang berdiri di dalam sebuah cermin yang hampir usang itu. 'awak, kenapa bersedih ni?' aku tanya dia dengan penuh tanda-tanya. 'awak jangan tanya sebab awak tau apa jawapannya'. balas perempuan itu. 'oh! memang saya tau sebab awak adalah saya'. aku jawab dengan suara yang tersekat-sekat.
lalu, aku ke kamar dan capai diari yang hampir usang. diari masa aku berumur 14 tahun. berhabuk! bersin-bersin aku dibuatnya. aku pun mula menyelak helaian-helaian muka surat yang hampir kekuningan itu. eh! apa ni? kenapa aku selalu bersedih je ni? banyak betul kesan air mata. aku pun mula baca bait-bait yang aku pahatkan dalam diari tersebut. air mata bertakung. alamak, deras pula. aku dah tak tahan sangat ni. aku lemparkan diari itu ke sudut bilik.
lalu, aku mula mencari diari yang lain di rak buku. eh! tak ada. oh! baru teringat aku mana ada diari masa 15, 16 dan 17 tahun. rasa menyesal sebab tak ada kenangan yang aku pahatkan. aku terpandang pada cermin yang tergantung dalam kamar aku yang besepah ini. ' kalau ada diari pun masa tu dan kau pahatkan kenangan, kau sanggup baca?' keras nada perempuan yang aku lihat pada cermin itu. aku pun tunduk dan mula bermonolog, ' betul juga. aku tak sanggup nak baca dan buat apa aku nak ingat semua tu'.
lalu, aku duduk berteleku di birai katil. dada ini mula berombak-ombak. air mata jatuh berjurai. mula-mula perlahan, sekarang laju sampaikan aku tak sempat nak lap. baru aku teringat yang aku ada journal. cepat-cepat aku bangun dan capai journal yang kondisinya masih elok. aku buka setiap lembaran. aku mula senyum. ini bukan catatan kenangan tapi catatan untuk seseorang yang aku pun tak kenal siapa. aku mula senyum.
lalu, aku lap semua air mata yang bersisa di pipi aku. aku mula baca journal itu dengan penuh gembira. oh! aku mula menulis catatan itu semasa di kuala pilah. jauh dari semua orang yang aku sayang. aku suka setiap ayat yang aku pahatkan. terasa malu pun ada. aku ingat lagi bagaimana perasaan aku waktu menulis catatan itu. saat yang bahagia. aku menulis untuk seseorang pada masa hadapan.
lalu, aku berdiri dan bercakap dengan perempuan yang berada dalam cermin itu. 'awak! kuatkan hati dan jaga diri. yakinlah dengan apa yang awak dah pahatkan dalam journal tu. dia akan tiba. bukan sekarang tapi suatu masa nanti. bersabarlah, awak! hati awak tu mesti kuat. jangan sesekali buat dia lemah. yakin pada DIA yang Maha Kuasa. bila saat dia rasa lemah, Allah selalu bersama awak. luahkan segalanya dan jangan pendam.' perempuan itu pun senyum dan ucap alhamdulillah kerana dia masih kuat dan segala persoalan kenapa bersedih sudah dirungkaikan.
lalu, aku simpan diari yang sedih itu dalam sebuah kotak dan aku takkan buka lagi. journal ini akan aku jadikan teman sepanjang penantian si dia yang aku tak tau siapa. Allah, terima kasih kerana jentik hati ini untuk sentiasa ingat tentang keEsaan Kau.
nota hati: jangan dilayan sangat perasaan sedih tu. syaitan licik dalam memperdaya anak cucu Adam. Faezah, kuatkan hati dan jaga diri. :)
by,
perempuan dalam cermin.
faezah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

bahasa gramatis dan penuh perasaan. lulus ujian lisan bahasa malaysia. haha ;) thanks for the post. it makes me strong again :)
ReplyDeletehee! segan segan segan. zahiril adzim lah yang buat aku pandai buat ayat gramatis ni. penuh perasaan lagi.
ReplyDeletewelcome, dear! it makes me strong again too. sama-sama jadi kuat eh. :)
i like this :')
ReplyDelete