assalamualaikum.
aku memang selalu macam ni.
macam yang selalu kau nampak. betapa bahagianya aku. betapa gembiranya aku. betapa seronoknya aku.
tapi, pernah kau lihat aku menangis, melalak, menjerit? ada lah juga kan. bukan selalu pun. yang betul-betul rapat dengan aku memang dah lali tengok aku menangis. ya! aku ratu air mata. yang sebenarnya, aku cuba bahagiakan diri sendiri. bak kata omputeh, live your life.
aku memang selalu macam ni.
suka seseorang dengan penuh hati dan perasaan. sanggup buat apa sahaja. macam aku suka zahiril adzim. sanggup aku gaduh dengan orang sebab berebut buku dia, bogel mencari Tuhan. aku suka seseorang sampaikan aku kecewa. oh! itu sudah biasa. *zahiril adzim sudah bertunang. ya! kecewa lagi. :D
aku memang selalu macam ni.
pergi mana-mana mesti sorang-sorang. bukan lah semua tempat aku pergi sorang-sorang tapi kebanyakkan lah. ya! aku selalu jalan sorang-sorang ke Time Square, KLCC, Mid Valley. aku tak bagitau sesiapa pun. saja. suka-suka jalan sorang-sorang.
aku memang selalu macam ni.
buat apa saja untuk memastikan kawan sekeliling bahagia sampaikan kadang-kadang terpaksa lupakan kebahagiaan diri. tak apa! aku tak kisah dan aku suka. asalkan kau semua bahagia. bak kata professor aku, kalau hidup tak menyumbang jangan susahkan orang lain. kiranya, aku menyumbang lah kan dalam cubaan untuk membahagiakan kawan aku.
aku memang selalu macam ni.
menangis tak tentu fasal. sudah-sudah lah wahai hati. kuatkan diri kau. sampai bila nak menangis. jom, gembirakan hati.
aku memang selalu macam ni.
dengar lagu sedih bila sedang sedih. lagi sedih lah kan. tak apa. aku suka. layan perasaan lah katakan. aku motivasi diri bila dengar lagu sedih. betul! tak percaya? suka hati kau lah.
aku memang selalu macam ni.
suka orang yang mustahil untuk dia suka aku balik. macam aku suka Fend, watak Contengan Jalanan yang Hlovate tulis. dia mana wujud kat dunia sebenar ni. kesiankan aku. lagi satu, aku suka betul kat Zahiril Adzim. dia artis kot. aku ni siapa je yang kenal. oh! dia dah bertunang. Shera Ayob, tahniah! kau bertuah.
aku memang selalu macam ni.
aku memang selalu macam ni.
sampai bila-bila pun aku memang selalu macam ni. oh! typical punya perempuan. aku tak kisah kau nak kata apa. ini hidup aku. selagi aku tak buat taik dalam hidup kau, selagi tu kau tak ada hak buat taik kat aku.
nota kaki: kenapa guna perkataan taik? haha! kita ikut peredaran perkataan, okay~
Walau macam mana celakanya kehidupan itu, ia tetap kehidupan. -zahiril adzim-
by,
aku memang selalu macam ni.
faezah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

lately ni...awat post ko len macam eyh??
ReplyDeleter u okay dear??
=)
taik~haha...peredaran ayat ye..hahahaha...rindu kau lah!!!!
ReplyDeletesaya rse saya pon mcm anda lah!
ReplyDeletesuka jalan sorg2. hee. kite kan ade chemistry ;)
xpe syg. luahkan semua dkt blog. saya faham sume :)
fan gegila kau eyh dgn zahiril adzim tuuu :)
ReplyDelete