nombor bertuah awak! selamat datang.

Wednesday, 17 April 2013

.: kembalikan :.

jari-jemari sudah tidak mampu menari untuk meluahkan rasa,
lidah keras membeku tidak mampu melentur kata,
cuma ada satu kata,
satu kata yang mampu ditulis oleh jari-jemari,
satu kata yang mampu lidah bersuara,
satu kata itu,
KEMBALIKAN.


Sunday, 24 March 2013

.: melangkah terus gagah:.

satu saja hal yang aku mahu teriak biar sampai pekak telinga kamu,
selalu saja buat aku dirundung pilu,
entah macam tiada perasaan memperlakukan aku sebegitu,
suka benar memperkotak-katik setiap apa yang aku mahu.

kerana malam itu gelap,
bisa saja kau terangkan hati mereka dengan mulut busukmu,
kerana siang itu terang,
boleh saja kau gelapkan mata mereka dengan lakon palsu dramamu.

satu saja hal yang bakalan diteriakkan kuat ke telinga kamu,
jerit biar sampai pekak,
gegar gegendang telingamu yang bagus juga pecah dek dentuman suara pekikan aku,
sungguh aku mahu,
mahu lakukan itu,
teriak biar sampai pekak telingamu.

satu hal itu yang serasanya tak perlu dihebahkan seantero dunia,
walau itu yang mahu aku lakukan,
satu hal itu akan aku simpan biar jadi agen penguat hati untuk terus tidak rebah pada hitamnya perilakumu.

tahu kenapa aku terusan kuat?
sikitpun tak akan melutut depan kamu?
kerana aku punya Tuhan untuk mengadili setiap perilaku burukmu itu.


"biar dia buat aku. Tuhan ada untuk balas segalanya." sikitpun tiada getar pada suara wanita itu. tenang melangkah tanpa mahu berpaling ke belakang. kagum diri ini melihat ketabahan dia walau ujian datang bertimpa-timpa. tidak mahu terus dirundung pilu, senyuman mekar terus terukir walau pahit bak hempedu.

semoga kau kuat dan terus melangkah gagah. demi Tuhan, kau akan bahagia dan senang perjalanan sebagai pemusafir di dunia ini selagi YANG MAHA ESA tetap di setiap denyut nadimu. SALUTE!!

Tuesday, 25 December 2012

.: secangkir kopi II :.

Rasa rindu yang menggila ini aku raikan bersama secangkir kopi tanpa gula. Hitam kopi ini sehitam langit tanpa bintang-bintang berkerdipan. Pahit kopi ini sepahit memori bahagia yang terpaksa aku telan demi meneruskan hidup tanpa ada rasa sikit pun bahagia bersama kau di sisi.

Sejak kau pergi dan aku telah terganti, banyak puisi-puisi sepi memenuhi ruang lohong hati. Kau bahagia dan aku pula rasa celaka dek dibayangi indahnya cinta kita.

Sayang, senangnya kau menggantikan aku. Sayang, tegarnya kau membuang aku dari hidupmu. Sedangkan aku masih lagi di sini bersama-sama memoir yang kita lakar bersama.

Ternyata sampai bila-bila pun aku akan tetap berada di sudut koridor ini bersama secangkir kopi tanpa gula dan ditemani puisi-puisi sepi kerana kau takkan pernah terganti.

Sayang, aku akan sentiasa menanti kau di sini. Takkan pernah aku lupa janji untuk membancuh dua cangkir kopi bergula dan ditemani puisi-puisi cinta dua hati, kau dan aku di koridor ini.

faezah.

Friday, 14 December 2012

.: lohong paling dalam :.

malam ini aku hanya ingin ditemani manik-manik putih yang kilangnya mata kanan dan kiri.
malam ini aku agak rapuh.
jatuh ke dalam lohong yang paling dalam.

derap langkah yang menemukan aku dengan gadis.

gadis.
dulunya kau yang paling ceria.
bahagia yang paling tak dibuat-buat.
senyum, gelak dan ketawa yang bukan palsu.
punya sebab untuk bertindak demikian.

gadis.
kininya kau yang paling duka.
sedih yang paling tak dibuat-buat.
tangis, teriak dan sedu yang bukan palsu.
punya sebab untuk bertindak demikian.

aku teruskan perjalanan dan temui sebuah kotak.
aku buka kotak itu.
aku temu lagi dengan gambar-gambar gadis.
aku lihat satu... satu... gambar gadis.

gadis.
aku ingin lihat kau senyum macam ini lagi.
senyum yang paling tak dibuat-buat.

apakah yang membuatkan kau jadi sebegini, gadis?

jika dapat aku selam ke dalam hatimu yang paling dalam,
akan aku lakukan.
demi gadis.

gadis ketawa... 
ketawa... 
ketawa...

gadis itu adalah aku yang ditemani manik-manik putih yang kilangnya mata kanan dan kiri.
gadis yang punya sebab untuk bertindak demikian.
gadis yang lemas dalam hatinya yang paling dalam.
gadis yang sudah tidak mampu senyum tanpa dibuat-buat.

gadis teruskan perjalanan kerana dia yakin Tuhan akan pancarkan sinar buatnya suatu masa nanti.

Tuesday, 4 December 2012

.: Tuhan, izinkan. :.

duduk termangu sambil memegang sebuah buku puisi. isi dalamnya seakan-akan mengerti tentang rasa dingin hati. rindu, sayang, benci, marah dan segala rasa yang bercampur. ingin sekali selam dalam hati dan cantumkan semua supaya jadi satu arca. satu arca yang sekali dipandang memberikan lapan puluh enam juta kali infiniti kepada si pemandang. cuma, dia perlu pandang dengan menggunakan semua pancaindera. tak ada hadiah berjuta untuk diberi, hanya puisi-puisi yang mampu dideklamasi.

aku rindu,
cuma aku tak mahu mengaku.

aku sayang,
cuma aku tak mahu tayang.

aku benci,
cuma pada jarak diri.

aku marah,
cuma pada ego yang gagah.

lapan puluh enam juta kali infiniti rasa ini tak terluah.
biarkan berkuah dalam pekat cecair memenuhi ruang legar muntah.

mulanya aku salahkan semua kuasa alam yang sedang cuba untuk jarakkan kita.
mulanya amarah yang semakin membara.
semua itu buat aku lupa pada Sang Pencipta.
semua itu rasukan minda yang jalangnya iblis.
kembali kepada fitrah yang memerlukan Al-Khaliq.

bukankah Tuhan itu sudah tetapkan segala yang indah.
jauh itu bukan selamanya.
kuasa dua telapak tangan ditadahkan untuk meminta mesti digunakan sebaiknya.

Tuhan,
izinkan kami bertemu di Syurga yang indah.

habis sudah puisi malam ini yang diluahkan supaya tak terbuku dalam hati. lalu, buku puisi dikatup dan disimpan rapi. itu harta yang berkualiti. buku yang teman kala diri sepi. satu-satu gambar aku tenung sambil senyum. ibu yang paling kenal aku, abah yang paling risaukan aku, abang yang selalu buat aku berbulu, maksu yang selalu menangkan aku, atok nenek pakcik makcik sepupu yang selalu ada untuk dukung aku, sahabat-sahabat hadiah dari Tuhan yang selalu gembirakan aku, orang sekeliling yang selalu banyak membantu. hanya Tuhan yang dapat membalas segalanya. semoga doa aku termakbul, habis hayat ini suatu hari nanti, kita akan bertemu di Syurga.

nota jari: aku tak suka berjauhan dengan orang yang aku sayang. risau berlegar-legar. apa pun Tuhan ada
untuk jagakan.

faezah

Wednesday, 28 November 2012

.: secangkir kopi :.

mungkin terlalu awal. kopi dituang ke dalam cangkir jernih. warna hitam legam memenuhi ruang cangkir yang merupakan peneman kala rasa celaka menjengah tiba-tiba. bau kopi yang memenuhi ruang kamar. wap-wap panas membelai lembut pipi. nyaman dan tenang. kuasa kopi yang tak pernah mengecewakan.

dia duduk di tepi koridor. angin malam yang sejuk menggigit kulit mulusnya dan tulang rawa kedinginan. kopi disedut dari cangkir jernih. nyaman dan tenang. malam itu bulan dilindung awan. bintang tak kelihatan kerana dia berada di kota metropolitan yang langitnya dicemari cahaya. bumi kini banyak pencemaran. pencemaran air, pencemaran udara, pencemaran bunyi dan satu pencemaran yang agak rare iaitu pencemaran cahaya. celaka sungguh pencemaran cahaya ini. tak dapat nak kira bintang.

buku catatan puisi dicapainya. dia menulis tanpa ada sikitpun kata tipu dan pura-pura. penulisan yang jujur. hasil luahan ceritera hati yang dipendam lama. bullshit. marah, duka, sedih dan pelbagai kata adjektif yang negatif tak mampu dia sebut. 

-dua dekad-

malam ini seperti malam-malam satu per tiga dua dekad jasad dihuni,
malam yang sunyi dan sepi.
malam yang tanpa ada jasad hangat di sisi,
malam yang tanpa ada kucupan indah hinggap di pipi,
cuma ada secangkir kopi dan puisi-puisi sepi.

dua dekad sudah jasad ini berpenghuni,
dulu ada juga si dewasa yang sentiasa teman dan memahami, 
kini hanya diri sendiri.

dua dekad sudah jasad ini berpenghuni,
sudah masanya dia punya teman disisi,
supaya tak berseorangan mati nanti,
supaya ada yang kirimkan doa semasa mengahadap Ilahi.

dua dekad sudah jasad ini berpenghuni,
masih sendiri,
masih sunyi,
hanya ditemani secangkir kopi dan puisi-puisi sepi.

kopi dihabiskan. dia sudah tidak mampu lagi untuk menulis. cukuplah malam ini menulis puisi sepi lagi. awan sudah tunjukkan bulan. bintang tetap juga tidak kelihatan. malam ini seperti malam-malam sebelum yang ditemani oleh secangkir kopi dan puisi sepi.

mata dikalihkan ke sudut bilik. cahaya lampu yang kekuningan membuatkan dia ingin berlayar ke alam mimpi. kaki digagahkan juga ke sinki. basuh cangkir yang akan digunakan lagi. 

dia menghempas badan di katil. lipatan selimut dikiraikan dan membaluti tubuh sebagai persediaan untuk kembara ke alam mimpi. tanpa disedari ada manik-manik putih yang hangat jatuh ke pipi. mata dikatup dan roh mula keluar dari jasad. 

bermulalah kisah pengembaraan di alam mimpi. malam itu dia minta Tuhan hadiahkan kisah mimpi yang bahagia supaya dia tak emosi esok pagi.

faezah.

p/s: ini bukan kisah aku. kisah yang datang dari sudut lain aku. 

Tuesday, 27 November 2012

.: randomness :.

malam tidur macam biasa walau kadang agak lewat.
pagi bangun macam biasa walau kadang agak telat.
aku hari-hari buat rutin biasa walau penat.

aku kawan dengan semua.
sikit pun aku tak memilih terutama rupa.
biasalah kadang orang kata aku sombong.
orang cantik kalau tak senyum memang nampak macam minta kena lempang.
ah, biasalah tu orang belum kenal.
bila dah kenal cerita fasal tahan berak pun rasa senang.

kalau tak cari fasal tu memang bukan aku.
mulut tu kadang macam peluru berpandu.
suka hati main tuju.
bila kena tang batang hidung sendiri baru nak terkulat-kulat.
ah, biasalah kena balas balik.
chill sudah.

aku ni bukan sexist.
lelaki perempuan aku layan sama.
kadang berat sebelah dengan lelaki.
kalau berat sebelah perempuan tak ke macam lesbo namanya?
haaaa ni tak lawak.
lelaki ke perempuan ke selagi tak buat pailang aku sayang.
alaaaa aku pun punya perasaan.
takkan nak diam bila kena tekan.
hoi! tertekan.

maaflah aku buat nakal.
nakal aku khas untuk yang kenal.
janganlah duga aku tak buat dosa.
aku pun manusia yang alpa.
please, terima aku seadanya.

selagi aku masih bernyawa.
bernaung di bawah langit biru yang sama.
kau, aku tetap kawan selamanya.

no hard feelings!

faezah <3

Tuesday, 6 November 2012

.: need you now :.

need you now.

jauh mana pun aku lari, tetap juga aku nampak kau.
walau dalam gelap, tetap juga aku nampak kau.
silau terik mentari yang menyiksa mata, tetap juga aku nampak kau.

bullshit kan semua amarah aku pada kau.

It's a quarter after one, I'm all alone and I need you now
Said I wouldn't call but I lost all control and I need you now
And I don't know how I can do without
I just need you now



Tuesday, 30 October 2012

.: perempuan :.

perempuan.

lelaki atau perempuan yang mana lagi senang masuk syurga?
perempuan.
kenapa?
sebab perempuan ni istimewa.

perempuan.
nampak lembut tapi kuat.
lembut mukanya, hatinya.
tapi...
kuat rasa cintanya.
itu sebab perempuan kalau sayang seseorang yang berhalkum,
dia boleh lupa siapa penciptanya.
sanggup?

perempuan.
ingatlah kau itu istimewa.
Tuhan sayang perempuan.
jangan sampai Tuhan murka dan buang semua keistimewaan.

perempuan.
manusia yang berhalkum itu tak semua celaka.
jangan kau goda dia yang bernafsu sentiasa.
nafsu itu memang lumrah dia.

perempuan.
jaga dirimu.

perempuan.
kau senang masuk syurga.
jangan bawa manusia berhalkum ke neraka.
mereka itu menanggung dosa.
mereka memang tak mampu cegah kau sepanjang masa.
kau lupa ada Syaitan?
yang sudah berikrar untuk menyesatkan anak cucu Adam.
mereka dayus kerana kau.

perempuan.
tegar lihat bapa kau dimakan api?
tegar lihat abang dan adik lelaki kau menahan sakit dimamah api?
tegarkah kau?

perempuan.
jaga dirimu.

aku,
perempuan.

ingat tu perempuan.

aku,
perempuan.

alaa bang. lagi senang jaga sekandang lembu daripada jaga seorang perempuan.
dik, perempuan ni senang masuk syurga.
yeke? hmmm susah lah bang.
susah? kau mati nanti, anak-anak doakan kau dulu baru bapa. 'ampunkan dosa ibu bapaku'. siapa dulu disebut? ibu. perempuan tu.
hmmm betul tu. tapi...
tak ada tapi-tapi. lelaki ni tanggungjawab besar. dosa korang tu kami yang tanggung. jaga solat, berpuasa, jaga aurat dan taat suami. insyaAllah.
thanks bang share hal macam ni.
tak ada hal pun. kau pun macam adik perempuan aku. k lah dik. abang ada kerja. jaga diri tu.
thanks again, bang!  

sembang-sembang 'kosong' yang penuhkan jiwa kosong.

faezah :)

Monday, 22 October 2012

.: jodoh di Kinokuniya :.

jodoh tu bila-bila masa boleh tiba. hmmmm tanpa disangka-sangka. macam tiba-tiba ada durian jatuh tercacak atas kepala kau.

kita kuat berangan. buktinya, jerawat tumbuh melata. abah kata satu jerawat mewakili satu angan. cuba kira berapa banyak jerawat kita. so, jumlah tu sama banyak dengan angan-angan kita. okay, ini tipu. kita jerawat sebab resdung. *lawak hambar*

*mood: berangan*

'agak-agak buku Rahsia Dua Pria dah ada ke belum kat Kinokuniya?' soal bicara aku dalam hati *dalam hati je lahhh. kan forever alone*

berderap-derap langkah aku menuju ke arah Kinokuniya yang terletak di tingkat 4 Suria KLCC. aku terus menuju ke rak buku-buku melayu.

'alaaaaaa! tak ada pun. hmmm ke dah habis? nak tanya kakak Kino lah.' 

aku berpusing untuk ke kaunter pertanyaan *pusingan maut*. tiba-tiba, aku terlanggar seseorang.

sorry! alamak, buku awak jatuh. sorry sorry!
it's okay. buku je bukan saya.
eh! RAHSIA DUA PRIA!
huh?
emmmm, ni last ke kat rak tadi?
awak nak ke?
errr takpelah.
btw, ni ada dua je yang tinggal. satu ni saya dah buka pembalutnya. so, awak amek yang still berbalut ni lah.
serious ni? awak taknak yang satu lagi ni?
serious. saya nak letak balik yang lagi satu ni. awak amek lah.
okay! thanks!
emmm awak suka buku-buku macam ni?
yup! saya suka!
saya pun. ada banyak kat rumah. awak boleh pinjam kalau nak.
yeke? waaaa bestnya! hmm boleh boleh.
btw, saya Ahmad.
saya Faezah.
jom bayar. meh buku tu saya bayarkan.
it's okay.
ke nak duit saya belanja awak ni jadi duit hantaran? hahaha
eeee mengarut.


***

selepas berkenalan selama setahun, Ahmad pun berjumpa dengan bapa Faezah. Alhamdulillah, keluarga Faezah suka sangat dengan Ahmad. mereka pun berkahwin dan hidup bahagia selamanya.

*hoi! ingat fairytale ke nak happy ending forever after? tapi, ikut suka aku lah sebab ni angan-angan je kan!*


Sunday, 14 October 2012

.: wonder :.

somehow to fall asleep is not easy.
too many things to be settled.
too many things to think.
and...
too many memories to reminisce.

#np Hello by Lionel Richie

Hello, is it me you're looking for?
'Cause I wonder where you are
And I wonder what you do
Are you somewhere feeling lonely or is someone loving you?
Tell me how to win your heart
For I haven't got a clue
But let me start by saying I love you


i have no idea what God wants to tell me but i am pretty sure that HE knows the best for me.

jangan disoal tentang apa yang aku rasa saat ini.
entah kenapa semakin aku cuba untuk dongak ke atas, terbang setinggi yang mungkin, berenang terus ke dasar laut, semakin itu juga aku tertunduk ke bawah, menjunam terjun sebawah yang mungkin dan lemas terus terapung perut mengembung.

kenapa?

jangan disoal kenapa kerana aku pun tidak pasti.
Tuhan itu Maha Mengetahui.

Tuhan,
maafkan aku kerana terus menyoal.
aku ini lemah.
berikan aku kekuatan dan kebahagiaan.

sungguh untuk buang segala apa yang kurasa, kualami sangat tidak mungkin.
Kau tempat aku serah segalanya.

Tuhan,
aku ingin bahagia.
aku pasti kau akan tunaikan.
:)

sinner

Friday, 12 October 2012

.: catalepsis. failed. :.

catalepsis

'the prey is playing dead and the predator will ignores the prey'

kali ni aku letakkan diri aku sebagai mangsa dan dia... pemangsa.
kali ini aku letakkan diri aku dalam situasi yang memerlukan aku untuk playing dead.
dan...
untuk kesekalian kali ini aku gagal lagi untuk ber-catalepsis.

sungguh... 6 bulan tempoh yang paling lama aku ber-catalepsis.
sungguh... gagal aku kali ini memakan tempoh hanya sebulan.

finally, the predator got the prey...
no point of playing dead anymore.




prey

Friday, 21 September 2012

.: Siapakah Ahmad? :.

Assalamualaikum. :D

whaddup? hahaha....

#nowplaying Ahmad by Arrora Salwa.

disebabkan ramai yang tanya,

'siapa Ahmad?', 'Ahmad mana yang hang dah sangkut ni?, 'taknak cerita fasal Ahmad ke dengan kita?' 'hoi, lama tak nampak! Ahmad apa khabar?'

*facepalm*

soalan last tu buat aku agak sentap. dah lah lama tak nampak kita, bukan nak tanya kita sihat ke tak tapi sibuk tanya Ahmad sihat ke tak. :P

so, post kali ni aku nak memperjelaskan siapa Ahmad tu~~ *jengjengjeng* 

yanggggggggg sebenarrrrrrrrrrrrrrrnyaaaaaaaaaaaaaaaaaa *kuis pasir*
MANA ADA AHMAD! TAK ADA PUN! DIA HANYALAH WATAK YANG AKU SENGAJA BUAT-BUAT. okay, ni tipu. :D

Ahmad tu wujud. pada mulanya, aku hanya suka nama 'Ahmad'. Ah.. Ah.. Ahmad *goyang-goyang*. tibalah suatu hari tanpa disengajakan aku stalk seorang awek cun ni (jangan risau aku straight). stalk punya stalk tiba-tiba aku jumpa Ahmad. sadis! *hembus hingus* Ahmad tu lah boipreng si gadis comel tuuuuuu *hentak kepala*.

jahatnya kau suka boipreng orang~

ishhhh, skeptikal lah kau ni *jeling 123 darjah*. kan aku dah cakap tadi. aku suka nama 'Ahmad'. kebetulan boipreng gadis comel tu nama Ahmad *muka tak bersalah*. fine! fine! fine! aku suka lahhh sikit dengan Ahmad tu sebab kebetulan dia pun baca buku-buku puisi yang aku baca, kebetulan minat pun sama, kebetulan kebetulan kebetulan. 

sungguh. aku. hanya. PEMUJA. RAHSIA. ~.~ apa omputeh ada sebut..... SECRET ADMIRER! hahahahaha.
so, nothing to ask me about Ahmad. :D 

okay! salah diri sendiri jugalah yang kecoh gila kat karpet biru a.k.a Twitter tu kannnnn. saja je nak have fun. i'm a good girl okay. tak mainkan hati dan perasaan sesiapa tapi tak tau lah kalau ada yang macam kecewa ingatkan Ahmad tu boipreng aku kannnnn *tekup muka* hahahahahaha

kalau aku ada boipreng pun aku tak suka nak show off yang aku ni ada boipreng. sebab baru jadi boipreng dah kepoh-kepoh. untuk insan-insan yang suka sangat show off  boipreng mereka, anda patut tau bahawa orang di sekililing, maki anda sebab too annoying macam anda je yang ada kekasih hati, mereka mesti cakap 'ahhhh! putus lah nanti dorang ni' dan banyak lagi benda yang negatif. haaaaaaa! show off lah lagi~~ :D

aku suka statement ni sebab aku macam ni. hahahaha *flip hair*

  • Dan perlu diperjelas, yang aku cari adalah suami bukan kekasih (Bukan Penggoda, 2012).
  • Kalau setakat nak pakwe buat stok geli-geli, memang bukan aku la (Bukan Penggoda, 2012).
  • Lebih baik fikirkan tentang menghalalkan hubungan daripada menjadikan hubungan yang haram tu halal ikut kepala kau (Bukan Penggoda, 2012).
  • Dan untuk itu, aku hanya akan setia, kasih dan cinta pada insan yang bergelar suami (Bukan Penggoda, 2012).
konklusinya, aku tak ada boipreng. Ahmad tu cuma cuma cuma crush jeeeeeee ~..~ janganlah kurius sangat wahai kaki gossip dan kakak abang yang being too much care. macam korang tak kenal aku gila-gila macam mana kannnn~

btw, nak share a good post from terfaktab. click on it --> Tentang Keseriusan Hubungan by Bukan Penggoda.


hai, ini sahabat baik saya! nama papa dia Ahmad :B

Ahmad,
Ahmad,
Ahmad,
Ahmad,
sungguh, nama 'Ahmad' sangat eutectic  .

mohon undur diri.

by,
faezAH 

Saturday, 1 September 2012

.: Fieldtrip BIO200 di FRIM :.

assalamualaikum and hello gorgeous peeps!

Rabu lepas bersamaan 29 Ogos 2012, aku ke fieldtrip untuk subjek BIO200 di FRIM, Kepong, Kuala Lumpur. Kepong yaa bukan Bukit Kepong. di Kuala Lumpur yaa bukan di Puchong. hahahaha!

enjoy the photos because i have no words. too beautiful! subhanallah!


buluh.
zoom out.


buluh.
zoom in.


no caption :P


FRIM


no caption :P


kacip fatimah


crown shyness.
zoom in.


crown shyness.
zoom out.


500m or 5000m?


view from the second platform of canopy walkway.


end of our nature walking in FRIM. 


students: jom makan kat picnic area.
guider: puan, student ni semua nak dibawa ke picnic area ke?
madam: eh, tak. suruh mereka ke masjid.
(haha ingat makan je. solat solat solat~)

memori indah yang akan aku simpan kemas dalam kotak semester 3.
semoga subjek BIO200 kita semua dapat A+ yaa kawan-kawan.
mucas gracias Madam Suwaiba kerana bawa kami ke FRIM. (eee budak kelas lain fieldtrip kat Beting je)
p/s: no caption :P yang bermaksud aku tak tau apa nama benda tu. hee sibuk nature walking sampaikan tak dengar apa guider ceghita kat depan tu. (Y)

F I N

science student,
faezah <3

Friday, 31 August 2012

.: MERAH PUTIH KUNING BIRU. MERDEKAAAA! :.

assalamualaikum and hello gorgeous peeps!

salam Jumaat dan salam Kemerdekaan yang ke-55!

bangun awal untuk ke Dataran Merdeka,
pakai baju i <3 Malaysia,
saya anak jati Malaysia,
ingin menyambut Merdekaaaaaaa!

(ish, peliknya pantun)


alhamdulillah dapat ke Dataran Merdeka :)
photos of #merdeka55 at Dataran Merdeka.

tak ramai macam tahun lepas.
common Malaysian~ where are you?

khemah Agong dan para menteri

pakcik Hassan.

helicopters and flags

ini satelit. =.=

burung besi

Johan! kecoh sangat hahaha

me: abang, nak amek gambar.
fizo: okay tapi dengan baby ni sekali tau!
:D 

REMY ISHAK!
siapa kata dia tak handsome?
hitam manis, gigi tengah jarang (Y)

bienda, elfira, kamal adli, iqram dinzly, remy ishak, mia sara

i'm a happy kid!
me with Remy Ishak, Kamal Adli and Lisa Surihani
:D

trouble maker

awek sabahan dan awek sarawakian

satu malaysia

cool tentera Malaysia ni haha

abah, posing sama macam tahun lepas~~

'jom makan. lapar!'

we love Malaysia
they are from Austria and they love Malaysia

mak: jom balik!
anak: taknak. saya nak bawa motor polis ni!

adios Dataran Merdeka.
hope to see you again next year.
#merdeka56 (Y)


dengan izin Allah aku inginkan keamanan ini berkekalan.
semoga Malaysia terus aman, tiada lagi tunjuk perasaan dan rakyatnya sebulat suara.
semoga ramai yang akan hadir menyambut Merdeka setiap 31 Ogos.
kalau sanggup turun dari Kelantan untuk Bersih, kenapa tidak untuk menyambut Merdeka? (Y)

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Negaraku,
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup bersatu dan maju,
Rahmat bahagia Tuhan kurniakan,
Raja kita selamat bertakhta,
Rahmat bahagia Tuhan kurniakan,
Raja kita selamat bertakhta.

anak jati Malaysia,
faezah <3

Wednesday, 29 August 2012

.: dehydrated. pertama kali... :.

assalamualaikum and hello gorgeous peeps!

okay, post kali ni bukan nak minta simpati atau derma. #eh
cuma nak kongsi pertama kali sakit sampai kena tahan ward (unit kesihatan UiTM je).

pertama kali sakit yang betul-betul sakit.
pertama kali kehilangan air (dehydrated).
pertama kali kena cucuk jarum yang besar sebab nak masukkan air.
pertama kali terdampar atas katil ward selama berjam-jam.
pertama kali jumpa doktor sorang-sorang.
pertama kali...

saat terdampar atas katil, aku teringat arwah nenek.
saat kena cucuk jarum besar sebab nak masukkan air, aku teringat arwah nenek.
rindu makin menebal terhadap arwah nenek.
jika Tuhan tanya apa wishlist aku, akan aku sebut mahu peluk dan cium arwah nenek puas-puas semasa hayatnya.
sungguh suasana dalam ward buatkan aku ingat akan arwah nenek.
jarum besar, darah, bau ubat.
al-Fatihah...

doktor kata aku suspek denggi.
sepatutnya kena cek darah lagi tapi aku ke fieldtrip.
insyaAllah aku okay.
doakan aku sihat selalu, ya!

sebab sakit: food poisoning (maybe)
dehydrated sebab cirit-birit, muntah dan datang bulan.

waa tak nangis cakap sama lu masa kena cucuk tang sana, tang sini. sakit tapi tahan je. padahal...... menangis dalam hati wooo.

jagalah kesihatan anda.

ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. antaranya ialah sihat sebelum sakit.

faezah zahid

Thursday, 23 August 2012

.: selamat ulangtahun Nabilah Huda :.

assalamualaikum and hello gorgeous peeps!

23 AUGUST !!

selamat ulangtahun Bella! lots of love. wanna hug you. i miss you so much. take care. sweet9teen.

aku mungkin bukan sahabat yang hebat,
aku juga mungkin bukan sahabat yang sentiasa di sisi,
aku tau aku bukan sahabat yang macam Superman terus ada di saat kau memerlukan,
tapi...
percayalah aku cuba menjadi sahabat kau yang akan setia hingga ke syurga nanti.

Allah,
dia sahabatku.
semoga ulangtahun yang ke-19 ini dia dikurniakan kesihatan yang baik-baik sahaja.
semoga ulangtahun yang ke-19 ini dia dikurniakan rezeki yang murah.
semoga ulangtahun yang ke-19 ini dia dikurniakan ketabahan yang kental.
semoga ulangtahun yang ke-19 ini dia dikurniakan segala apa yang dihajati.
Allah,
jagakan dia untuk kami sahabat-sahabatnya.

so, bella~ do take care of yourself. we do really love you. SWEETNINETEEN BABE! <3


bella is in the middle between nini and keyya.

faezah <3

Thursday, 16 August 2012

.: iftar with le girls at Al-Rawsha :.

assalamualaikum! salam 28 Ramadhan. :))

pertemuan yang sangat ditunggu-tunggu.
alhamdulillah masih punya kesempatan untuk bertemu mata ke mata.
iftar with le girls at Al-Rawsha!









thanks to pah, naz, nini, jiq, anom and mushi !
big hug to mushi because accompanied me to Jalan TAR.
i do really miss bella, keya, zot, mahirah, syae, mizue, ain lan, aiman, kecek, atikah ismail, atikah azman,
kak yus, zal, nimer, naddy, nadio, cekrun and of course shak (walaupun sePilah).

Allah, jagakan mereka untuk aku. semoga kurniakan kegagahan seperti besi. kurniakan mereka ketabahan seperti mentari bersinar setiap hari. kurniakan mereka kekasih hati yang sejati. sungguh mereka tiada ganti.

p/s: bilamana jodoh aku tiba nanti, aku mahu semuanya ada di majlis resepsi. kalau tak tunjuk diri, akan ku cari hingga ke kerak bumi! hahahahahaha LOVE YOU GIRLS!

faezah

Wednesday, 15 August 2012

.: stranger Ramadhan :.

perjalanan dari Kuala Pilah ke Kuala Lumpur yang banyak ajar aku apa itu hidup. 

terlalu banyak. kali ini aku mesti tulis supaya aku tidak lupa. ajaran kali ini jarang untuk aku tangkap. bukan ajaran sesat tapi ajaran apa itu hidup.

pertama kali berbuka di KL Sentral. minum air kotak sahaja. terus ke surau untuk solat maghrib. indah. 

maksu janji untuk jemput aku di sana. aku pun terus ke perkarangan menunggu. sumpah aku benci kawasan tu. asap rokok sana sini. lelaki perempuan naga. aku terus duduk di sebuah bench yang tak ada naga. lega.

fon berbunyi. 

'kakak, tunggu tau kat luar tu. nanti maksu sampai'
'okay. cepat sikit tau!'

terus aku masukkan fon murah tu dalam handbag.

'nak, fon tu jaga elok-elok. kalau ada orang nak pinjam jangan bagi sembarangan'.

stranger Ramadhan.

tegur seorang pakcik yang berkulit gelap. berumur akhir 50-an atau awal 60-an. berkopiah putih dan berkameja biru gelap. agak kurus. hidung mancung. 

aku macam buat muka sebab penat. malas nak layan. bukan jarang-jarang orang tak dikenali tegur aku. selalu sangat. sumpah masa tu macam 'ah, pakcik ni. malas aku nak tegur'. selalunya memang aku akan layan sembang. aku suka cakap dengan stranger. cuma waktu itu aku penat. 

'anak ni belajar lagi ke? sekolah menengah atau universiti?'
'oh, saya pelajar universiti. UiTM Kuala Pilah'.
'bagus lah. belajar rajin-rajin ya nak'.

bagus pakcik ni. berjaya pancing aku sebab dia macam keliru samada aku ni budak sekolah atau pelajar universiti. okay, bosan tunggu maksu. aku pun bersoal jawab dengan pakcik stranger ni.

'anak ni mesti anak sulung. lepas tu dua beradik je kan? adik lelaki. darjah berapa?'
'mana pakcik tau? haah! saya anak sulung. adik saya lelaki. darjah 6'.

lagi sekali pakcik ni berjaya tarik minat aku untuk bersembang. dia tau aku anak sulung, ada adik lelaki, sekolah rendah (dia teka barangkali. kebetulan tepat.)

perbualan kami sangat panjang. ya, 30 minit yang agak singkat tetapi banyak yang kami bualkan. pakcik tu tanya fasal keluarga aku dan dia pun tanpa ragu-ragu ceritakan hal keluarganya. sampai satu part yang aku patut ambil ini sebagai pengajaran hidup.

'anak, mesti kena belajar sungguh-sungguh. kita hidup bukan senang. harta boleh tukar tangan tapi pelajaran tak boleh. tengok pakcik (sambil tunjukkan tangannya yang kurus) bukan boleh buat apa dah tua macam ni. nak kerja pun dah tak larat. salah pakcik dulu tak belajar sungguh-sungguh. kalau tak mesti dah hidup senang'.
'insyaAllah pakcik'. (senyum aku tunjukkan gigi walau masa tu aku rasa sebak)

'anak, ilmu agama pun jangan lupa. walau kita berjaya dalam dunia ni tapi agama entah ke mana pun tak boleh juga. ingat nak, agama ni sangat penting untuk persiapan kita'.

sungguh masa tu aku tahan empangan mata ni daripada pecah. pakcik ni siapa sebenarnya? sungguh berjaya tarbiyah aku. banyak yang pakcik itu ceritakan. tentang anak cucu. alhamdulillah kebanyakannya berjaya. dia ada anak saudara yang bekerja sebagai jurutera oil and gas di Terengganu. belajar di Manchaster. hebat!

satu part fasal keluarga. 

'anak reti memasak?'
'ermm, saya tak reti sangat'.
'ishh kena belajar memasak'.
'insyaAllah pakcik'.
'ayah kerja apa?'
'juruteknik'.
'hubungan dalam keluarga baik tak?'
'alhamdulillah baik je'.
'alhamdulillah (sambil tadah tangan). bagus lah. keluarga ni penting nak. jaga hubungan dengan keluarga betul-betul. adik-beradik pakcik ramai yang dah tak ada. tinggal pakcik dengan tiga lagi adik-beradik. isteri pakcik ada di Melaka. anak-anak pakcik ramai tinggal di Johor. rindu pakcik sengan semuanya'.

fon bunyi.

'kak, maksu dah nak sampai. tunggu dekat taxi stand'.
'okay'.

'dah sampai?'
'dah nak sampai.'
'okay lah anak. pakcik rasa sejuk duduk luar ni. pakcik nak duduk dalam. jaga diri ya nak! selamat hari raya.'
'pakcik pun jaga diri. terima kasih pakcik. insyaAllah. selamat hari raya'.

tamat perbualan kami. sungguh siapa sebenarnya pakcik itu? terpulang pada aku untuk percaya cerita dia atau tidak. aku putuskan ambil pengajaran daripada semua cerita dia. aku yakin betul kerana dia sungguh-sungguh bercerita.

aku mula tertanta-tanya. sebenarnya dia tunggu siapa di KL Sentral? dia mahu jumpa siapa? 

Allah,
Kau lindungilah pakcik tersebut. sesungguhnya dia berjaya jentik hati ini. buka mata hati tentang hidup.
izinkan aku bertemu dengan pakcik itu lagi. 

p/s: aku hanya tulis part yang aku patut kongsi bersama. sungguh aku suka berbual dengan stranger. banyak yang aku dapat. terutama tentang pengalaman hidup. lain orang lain cerita. 

malam 27 Ramadhan. 

faezah
 

Monday, 13 August 2012

.: izinkan realiti :.

kurang dari 9 bulan aku akan menjangkau 20 tahun.
Allah, semoga aku dapat kecapi nikmat itu.

mimpi yang entah akan jadi realiti.
ada dia.

jika benar ada dia, jadikan yang terbaik.
jika benar tiada dia, berikan yang terbaik.

hanya Engkau yang aku letakkan sepenuhnya.

hope. trust. believe.

izinkan realiti.

faezah