nombor bertuah awak! selamat datang.

Wednesday, 15 August 2012

.: stranger Ramadhan :.

perjalanan dari Kuala Pilah ke Kuala Lumpur yang banyak ajar aku apa itu hidup. 

terlalu banyak. kali ini aku mesti tulis supaya aku tidak lupa. ajaran kali ini jarang untuk aku tangkap. bukan ajaran sesat tapi ajaran apa itu hidup.

pertama kali berbuka di KL Sentral. minum air kotak sahaja. terus ke surau untuk solat maghrib. indah. 

maksu janji untuk jemput aku di sana. aku pun terus ke perkarangan menunggu. sumpah aku benci kawasan tu. asap rokok sana sini. lelaki perempuan naga. aku terus duduk di sebuah bench yang tak ada naga. lega.

fon berbunyi. 

'kakak, tunggu tau kat luar tu. nanti maksu sampai'
'okay. cepat sikit tau!'

terus aku masukkan fon murah tu dalam handbag.

'nak, fon tu jaga elok-elok. kalau ada orang nak pinjam jangan bagi sembarangan'.

stranger Ramadhan.

tegur seorang pakcik yang berkulit gelap. berumur akhir 50-an atau awal 60-an. berkopiah putih dan berkameja biru gelap. agak kurus. hidung mancung. 

aku macam buat muka sebab penat. malas nak layan. bukan jarang-jarang orang tak dikenali tegur aku. selalu sangat. sumpah masa tu macam 'ah, pakcik ni. malas aku nak tegur'. selalunya memang aku akan layan sembang. aku suka cakap dengan stranger. cuma waktu itu aku penat. 

'anak ni belajar lagi ke? sekolah menengah atau universiti?'
'oh, saya pelajar universiti. UiTM Kuala Pilah'.
'bagus lah. belajar rajin-rajin ya nak'.

bagus pakcik ni. berjaya pancing aku sebab dia macam keliru samada aku ni budak sekolah atau pelajar universiti. okay, bosan tunggu maksu. aku pun bersoal jawab dengan pakcik stranger ni.

'anak ni mesti anak sulung. lepas tu dua beradik je kan? adik lelaki. darjah berapa?'
'mana pakcik tau? haah! saya anak sulung. adik saya lelaki. darjah 6'.

lagi sekali pakcik ni berjaya tarik minat aku untuk bersembang. dia tau aku anak sulung, ada adik lelaki, sekolah rendah (dia teka barangkali. kebetulan tepat.)

perbualan kami sangat panjang. ya, 30 minit yang agak singkat tetapi banyak yang kami bualkan. pakcik tu tanya fasal keluarga aku dan dia pun tanpa ragu-ragu ceritakan hal keluarganya. sampai satu part yang aku patut ambil ini sebagai pengajaran hidup.

'anak, mesti kena belajar sungguh-sungguh. kita hidup bukan senang. harta boleh tukar tangan tapi pelajaran tak boleh. tengok pakcik (sambil tunjukkan tangannya yang kurus) bukan boleh buat apa dah tua macam ni. nak kerja pun dah tak larat. salah pakcik dulu tak belajar sungguh-sungguh. kalau tak mesti dah hidup senang'.
'insyaAllah pakcik'. (senyum aku tunjukkan gigi walau masa tu aku rasa sebak)

'anak, ilmu agama pun jangan lupa. walau kita berjaya dalam dunia ni tapi agama entah ke mana pun tak boleh juga. ingat nak, agama ni sangat penting untuk persiapan kita'.

sungguh masa tu aku tahan empangan mata ni daripada pecah. pakcik ni siapa sebenarnya? sungguh berjaya tarbiyah aku. banyak yang pakcik itu ceritakan. tentang anak cucu. alhamdulillah kebanyakannya berjaya. dia ada anak saudara yang bekerja sebagai jurutera oil and gas di Terengganu. belajar di Manchaster. hebat!

satu part fasal keluarga. 

'anak reti memasak?'
'ermm, saya tak reti sangat'.
'ishh kena belajar memasak'.
'insyaAllah pakcik'.
'ayah kerja apa?'
'juruteknik'.
'hubungan dalam keluarga baik tak?'
'alhamdulillah baik je'.
'alhamdulillah (sambil tadah tangan). bagus lah. keluarga ni penting nak. jaga hubungan dengan keluarga betul-betul. adik-beradik pakcik ramai yang dah tak ada. tinggal pakcik dengan tiga lagi adik-beradik. isteri pakcik ada di Melaka. anak-anak pakcik ramai tinggal di Johor. rindu pakcik sengan semuanya'.

fon bunyi.

'kak, maksu dah nak sampai. tunggu dekat taxi stand'.
'okay'.

'dah sampai?'
'dah nak sampai.'
'okay lah anak. pakcik rasa sejuk duduk luar ni. pakcik nak duduk dalam. jaga diri ya nak! selamat hari raya.'
'pakcik pun jaga diri. terima kasih pakcik. insyaAllah. selamat hari raya'.

tamat perbualan kami. sungguh siapa sebenarnya pakcik itu? terpulang pada aku untuk percaya cerita dia atau tidak. aku putuskan ambil pengajaran daripada semua cerita dia. aku yakin betul kerana dia sungguh-sungguh bercerita.

aku mula tertanta-tanya. sebenarnya dia tunggu siapa di KL Sentral? dia mahu jumpa siapa? 

Allah,
Kau lindungilah pakcik tersebut. sesungguhnya dia berjaya jentik hati ini. buka mata hati tentang hidup.
izinkan aku bertemu dengan pakcik itu lagi. 

p/s: aku hanya tulis part yang aku patut kongsi bersama. sungguh aku suka berbual dengan stranger. banyak yang aku dapat. terutama tentang pengalaman hidup. lain orang lain cerita. 

malam 27 Ramadhan. 

faezah
 

3 comments:

  1. wah nice sharing. aku tak berani sembang ngan stranger...

    ReplyDelete
  2. aku hari-hari sembang dengan strangers!
    yeaaa..patient ku..memang banyak belajar dari pengalaman dia ;)

    ReplyDelete
  3. dulu takut gak sembang dgn strangers. insyaAllah tak ada apa. try lah. :D

    patients kau mmg totally stranger. best kan! mcm2 cerita. lain orang lain pengalaman. :))

    ReplyDelete