duduk termangu sambil memegang sebuah buku puisi. isi dalamnya seakan-akan mengerti tentang rasa dingin hati. rindu, sayang, benci, marah dan segala rasa yang bercampur. ingin sekali selam dalam hati dan cantumkan semua supaya jadi satu arca. satu arca yang sekali dipandang memberikan lapan puluh enam juta kali infiniti kepada si pemandang. cuma, dia perlu pandang dengan menggunakan semua pancaindera. tak ada hadiah berjuta untuk diberi, hanya puisi-puisi yang mampu dideklamasi.
aku rindu,
cuma aku tak mahu mengaku.
aku sayang,
cuma aku tak mahu tayang.
aku benci,
cuma pada jarak diri.
aku marah,
cuma pada ego yang gagah.
lapan puluh enam juta kali infiniti rasa ini tak terluah.
biarkan berkuah dalam pekat cecair memenuhi ruang legar muntah.
mulanya aku salahkan semua kuasa alam yang sedang cuba untuk jarakkan kita.
mulanya amarah yang semakin membara.
semua itu buat aku lupa pada Sang Pencipta.
semua itu rasukan minda yang jalangnya iblis.
kembali kepada fitrah yang memerlukan Al-Khaliq.
bukankah Tuhan itu sudah tetapkan segala yang indah.
jauh itu bukan selamanya.
kuasa dua telapak tangan ditadahkan untuk meminta mesti digunakan sebaiknya.
Tuhan,
izinkan kami bertemu di Syurga yang indah.
habis sudah puisi malam ini yang diluahkan supaya tak terbuku dalam hati. lalu, buku puisi dikatup dan disimpan rapi. itu harta yang berkualiti. buku yang teman kala diri sepi. satu-satu gambar aku tenung sambil senyum. ibu yang paling kenal aku, abah yang paling risaukan aku, abang yang selalu buat aku berbulu, maksu yang selalu menangkan aku, atok nenek pakcik makcik sepupu yang selalu ada untuk dukung aku, sahabat-sahabat hadiah dari Tuhan yang selalu gembirakan aku, orang sekeliling yang selalu banyak membantu. hanya Tuhan yang dapat membalas segalanya. semoga doa aku termakbul, habis hayat ini suatu hari nanti, kita akan bertemu di Syurga.
nota jari: aku tak suka berjauhan dengan orang yang aku sayang. risau berlegar-legar. apa pun Tuhan ada
untuk jagakan.
faezah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

my lady, don`t make me worry.
ReplyDeletepromise me? :)
may Allah ease all of your matters. just be strong and have faith. He`s the best planner. smile dear.
i'm touched :')
ReplyDelete