nombor bertuah awak! selamat datang.

Wednesday, 28 November 2012

.: secangkir kopi :.

mungkin terlalu awal. kopi dituang ke dalam cangkir jernih. warna hitam legam memenuhi ruang cangkir yang merupakan peneman kala rasa celaka menjengah tiba-tiba. bau kopi yang memenuhi ruang kamar. wap-wap panas membelai lembut pipi. nyaman dan tenang. kuasa kopi yang tak pernah mengecewakan.

dia duduk di tepi koridor. angin malam yang sejuk menggigit kulit mulusnya dan tulang rawa kedinginan. kopi disedut dari cangkir jernih. nyaman dan tenang. malam itu bulan dilindung awan. bintang tak kelihatan kerana dia berada di kota metropolitan yang langitnya dicemari cahaya. bumi kini banyak pencemaran. pencemaran air, pencemaran udara, pencemaran bunyi dan satu pencemaran yang agak rare iaitu pencemaran cahaya. celaka sungguh pencemaran cahaya ini. tak dapat nak kira bintang.

buku catatan puisi dicapainya. dia menulis tanpa ada sikitpun kata tipu dan pura-pura. penulisan yang jujur. hasil luahan ceritera hati yang dipendam lama. bullshit. marah, duka, sedih dan pelbagai kata adjektif yang negatif tak mampu dia sebut. 

-dua dekad-

malam ini seperti malam-malam satu per tiga dua dekad jasad dihuni,
malam yang sunyi dan sepi.
malam yang tanpa ada jasad hangat di sisi,
malam yang tanpa ada kucupan indah hinggap di pipi,
cuma ada secangkir kopi dan puisi-puisi sepi.

dua dekad sudah jasad ini berpenghuni,
dulu ada juga si dewasa yang sentiasa teman dan memahami, 
kini hanya diri sendiri.

dua dekad sudah jasad ini berpenghuni,
sudah masanya dia punya teman disisi,
supaya tak berseorangan mati nanti,
supaya ada yang kirimkan doa semasa mengahadap Ilahi.

dua dekad sudah jasad ini berpenghuni,
masih sendiri,
masih sunyi,
hanya ditemani secangkir kopi dan puisi-puisi sepi.

kopi dihabiskan. dia sudah tidak mampu lagi untuk menulis. cukuplah malam ini menulis puisi sepi lagi. awan sudah tunjukkan bulan. bintang tetap juga tidak kelihatan. malam ini seperti malam-malam sebelum yang ditemani oleh secangkir kopi dan puisi sepi.

mata dikalihkan ke sudut bilik. cahaya lampu yang kekuningan membuatkan dia ingin berlayar ke alam mimpi. kaki digagahkan juga ke sinki. basuh cangkir yang akan digunakan lagi. 

dia menghempas badan di katil. lipatan selimut dikiraikan dan membaluti tubuh sebagai persediaan untuk kembara ke alam mimpi. tanpa disedari ada manik-manik putih yang hangat jatuh ke pipi. mata dikatup dan roh mula keluar dari jasad. 

bermulalah kisah pengembaraan di alam mimpi. malam itu dia minta Tuhan hadiahkan kisah mimpi yang bahagia supaya dia tak emosi esok pagi.

faezah.

p/s: ini bukan kisah aku. kisah yang datang dari sudut lain aku. 

3 comments:

  1. this is your alter ego. the other side of you honeyy. deep babyy. envy you. dh lama aku tak meluah rasa kat paper gamaknya. rindu. haha

    ReplyDelete
  2. kalau tak keluarkan, tak boleh tidur. hohohoho beb kau dah lama tak share puisi.

    ReplyDelete
  3. itulah.masih bercampur-campur perasaan.jadi susah nak meluahkan.hanya mampu bermain di fikiran.pfft.

    ReplyDelete