nombor bertuah awak! selamat datang.

Tuesday, 3 July 2012

.: hidup derita :.

bila saat terakhir aku rasa bahagia?
kopak diari lama.
banyak tompok kuning kering kesan air mata.

aku selak lagi.
makin ke belakang.
tak ada.

yang ada cuma luahan rasa celaka.
yang ada cuma carutan lama.
yang ada cuma...
kenangan lama.

tersedar aku tiba-tiba.

memang aku tak catat saat bahagia.
sengaja aku buat sedemikian.
untuk sedarkan diri bahawa hidup ini tak indah.

persetankan indah hidup seperti novel yang pengakhirannya bahagia.
persetankan indah hidup seperti filem yang pengakhirannya gembira.
persetankan indahnya hidup seperti pengalaman penulisnya istimewa.
persetankan semua.

wahai manusia yang suka berangan,
berhentilah mencipta dunia indah,
hadapilah bahawa hidup ini memang perit.

bahagia novel itu, angan pengarangnya.
gembira filem itu, mimpi pengarahnya.
indah pengalaman, anugerah Tuhan untuk si penulis.

kita akan kecapi bahagia pada bila-bila masa.
kita akan hadapi derita sentiasa.

Tuhan itu Maha Bijaksana.

kita manusia akan ingat DIA saat hidup ini di ambang celaka akibat kecelakaan sendiri.

jarang manusia sujud padaNYA tanda syukur saat kecapi bahagia.

aku tekup muka.
sungguh aku sujud padaNYA saat hidup di ambang celaka.
aku manusia mudah lupa.

Tuhan,
aku minta saat kau kurniakan kebahagiaan padaku,
aku tak berpaling untuk ucap kata syukur.

sakit rasa hidup ini akan aku telan dan kuatkan diri.
DIA kan ada.
aku yakin syurga di sana tak punya sedikit pun cela.
yang ada cuma indah, bahagia.

p/s: post aku tak ada kena mengena dengan siapa pun. happy reading!

faezah

No comments:

Post a Comment