Terpaksa aku jalani hidup ini seperti Buih di lautan.
Kadang timbul, kadang tenggelam, kadang terus hilang.
Terpaksa aku jalani hidup ini seperti Awan berkepuk-kepuk.
Kadang kebiruan, kadang kesaljuan, kadang kekelabuan.
Aku cemburu lihat Angkasa.
Aku cemburu lihat Bulan.
Aku cemburu lihat Matahari.
Angkasa punya jutaan bintang menemani.
Bulan punya pungguk untuk merindu.
Matahari punya bumi untuk ada sentiasa mengelilingi.
Aku?
Terpaksa jadi seperti buih.
Terpaksa jadi seperti awan.
Angan aku umpama gagak ingin terbang seperti helang.
Aku mahu jadi Arora.
Menghiasi Alam walau sesaat.
Walau aku tau Angkasa punya Langit yang luas.
Walau aku tau Bulan sentiasa menerangi Langit kala malam.
Walau aku tau Matahari memancar Langit kala siang.
Izinkan aku jadi Arora.
Supaya jadi ingatan penghuni Alam tentang betapa indahnya Arora walau munculnya hanya sesaat.
Aku tau itu hanya angan.
Aku telan angan itu.
Aku hadam.
Aku buang.
Teruskan hidup seperti Buih.
Teruskan hidup seperti Awan.
Teruskan!
Kerana bukan senang jadi Angkasa.
Menampung kapasiti jutaan bintang.
Kerana bukan senang jadi Bulan.
Memantulkan cahaya untuk sentiasa menyinari.
Kerana bukan senang jadi Matahari.
Membahang diri memancar sentiasa.
Teruskan!
faezah <3
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


what a MASTERPIECE!!! :D
ReplyDeletebravoooo <3
hang bab penulisan aku macam ni memang suka. hahaha. thanks!
ReplyDelete