Assalamualaikum and hello gorgeous peeps!
'lelaki semua sama!'
kepada manusia yang punya gene XY, suka tak dengar ayat tu?
tak suka?
kenapa?
'perempuan semua sama!'
kepada manusia yang punya gene XX, suka tak dengar tempelak macam tu?
tak suka?
kenapa?
dalam banyak hal, lelaki dan perempuan sama sahaja. yang lain bilamana lelaki dan perempuan itu bertelanjang. lain kan?! cuma si mangsa yang sakit hati akan tuduh dan hukum manusia yang punya berlawanan genetik.
kalau perempuan kata banyak lelaki 'playboy', banyak je perempuan 'playgirl'.
kalau lelaki kata perempuan ni sensitif dan kuat merajuk, banyak je lelaki yang sensitif dan kuat merajuk (buruk rupa lelaki merajuk)
fair and square.
kita ini hidup saling melengkapi.
umpama kertas dan pen.
umpama bulan dan bintang.
umpama lagu dan irama.
maka, tak perlulah nak salahkan jantina lain atau orang lain yang punya sama gene dengan kita.
pernah tak kita salahkan diri sendiri atas kesalahan atau kecelakaan yang berlaku?
kita hanya tunding jari.
kita hanya tempelak pihak lain.
sama macam salahkan pihak polis yang cuba mengawal keadaan.
sama macam salahkan pihak tunjuk perasaan yang punya niat murni inginkan perubahan.
kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
apa puncanya?
kita tak guna hak berfikir.
terlalu ikut perasaan.
kadang aku bengang apabila ada perempuan yang baik digelar tiada maruah bilamana dia ingin suarakan pendapatnya.
kadang aku mual apabila ada lelaki yang dituduh melakukan perbuatan jahat padahal dia ingin membantu.
itu lah drama-drama dalam kehidupan seharian kita.
jangan meletakkan harapan yang tinggi pada suatu benda.
jangan terus hukum manusia itu syurga atau neraka.
jadi neutral.
aku tepuk bahu sendiri,
tekup muka dengan tapak tangan,
istighfar.
jom sama-sama berubah untuk tidak sewenang-wenangnya tunding jari dan menghukum.
guna akal untuk berfikir.
jangan terlalu fanatik.
belajarlah erti puas, makna bersederhana.
konklusi,
hidup kena negotiate.
mata ke mata,
hati ke hati.
lelaki dan perempuan jangan salahkan satu sama lain.
kita ini hasil dari lelaki dan perempuan.
kita ini hasil generasi antara rakyat dan pemerintah.
*peace*
faezah <3
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


1st !
ReplyDelete1st~ hahaha. :D
ReplyDeletegud!!!.. :D
ReplyDeletegoodjob!!!
ReplyDelete