sesuatu yang pernah kau lakukan,
sesuatu yang pernah kau marahkan,
sesuatu yang pernah kau lemparkan,
sesuatu yang pernah kau lakarkan,
sesuatu yang pernah kau pahatkan,
sesuatu yang pernah.
sesuatu itu tiada siapa yang tahu,
hanya Dia yang Maha Mengetahui,
sesuatu itu biarkan aku simpan dalam lohong hati ini,
biar jadi kudis, nanah dan sopak yang bakal meninggalkan parut kekal,
apakah itu yang terbaik?
simpan sehingga menjadi parut kekal?
aku pilih untuk tidak jadikan sesuatu itu parut kekal.
aku pilih untuk muntahkan sesuatu itu atas sekeping kertas,
akan aku lipat jadikan kertas itu seperti roket,
akan aku terbangkan roket itu bersama angin yang deru,
bersama angin yang deru itu,
aku terbangkan segala sesuatu itu.
sesuatu yang pernah itu,
biarkan aku sahaja yang rasa,
pahitnya sesuatu yang pernah itu jangan kau tanya,
kejamnya sesuatu yang pernah itu jangan kau minta aku gambarkan,
biarkan saja.
sesuatu yang pernah,
semua ada sesuatu yang pernah.
apa sesuatu yang pernah kau lalui,
aku takkan pernah tahu,
sesuatu yang pernah aku lalui,
kau takkan pernah tahu.
tidak semua sesuatu yang pernah kita lalui,
orang lain boleh tahu,
biarkan sesuatu yang pernah itu pergi dengan cara yang kita suka,
aku pilih untuk muntahkan di atas kertas dan terbang bersama deru angin.
sesuatu yang pernah.
aku yang punya sesuatu yang pernah,
faezah.


No comments:
Post a Comment