nombor bertuah awak! selamat datang.

Saturday, 12 November 2011

.: maafkan aku. aku cuba sedaya yang boleh :.

hari berganti hari, tahun besilih tahun. oh! dah 11 tahun kita berkenalan. lama sungguh. aku masih ingat lagi kali pertama aku jumpa kau. masa tu nenek bawa aku pergi rumah nenek kau. entah kenapa memori aku ni kuat dalam bab-bab kisah aku dengan kau.

'awak nak main badminton tak? saya ada raket lebih.' suara kau comel sangat.

6 tahun kita di tempatkan dalam kelas yang sama. awal tahun je aku mesti pastikan tempat duduk aku boleh usha kau. lawak sangat bila difikirkan semula. sungguh tak matang. rumah sukan pun kita sama lah! pengawas juga. banyak sangat persamaan. rasa bahagia waktu tu. cepat kan aku ni berfikiran matang dan berpandangan jauh. zaman sekolah rendah lagi dah mula suka-suka ni.

5 tahun kita berpisah. dah tak sama sekolah. tapi, selalu je sms, call, YM. macam-macam yang berlaku. aku takkan lupa kisah 2009. aku dah maafkan dia tapi biasalah perempuan kan. mana boleh lupa semua kisah yang berlaku dalam hidup. walau apa pun jadi, aku tetap tak boleh buang kau dalam hidup aku. susah. entah kenapa aku tak pasti. sampai sekarang. aku takkan lupa tarikh 051209. new moon.

kini, aku tak pasti apa yang akan berlaku antara kau dan aku. ALLAH sudah aturkan yang terbaik untuk aku dan kau. apa akan jadi pada aku, aku tak pasti. apa akan jadi pada kau, aku tak pasti. aku yakin dengan DIA. Maha Hebat. aku bina tembok pada hati ini. aku perasan yang kau seakan menjauhkan diri dari aku. kau rimas, mungkin. bukan senang untuk aku jauhkan diri dari kau. bukan senang aku nak buang kau dari hidup aku. bukan senang nak abaikan perasaan ni. lama sangat aku pendam. aku dah luahkan tapi kau tak perasan, barangkali.

maafkan aku. aku cuba sedaya yang boleh.

aku bukan jenis yang cepat bosan. aku setia. setia aku ni memakan diri. buat lah apa pun, aku tetap tak boleh nak buang kau dari hidup aku. ramai yang kata aku bodoh sebab tunggu kau. biarkan sahaja apa mereka nak kata, aku tak kisah. aku yang menanggung perasaan ini.

maafkan aku. aku cuba sedaya yang boleh.

jangan tinggal aku. aku mohon! aku redha jika aku bukan pelengkap tulang rusuk kau. aku redha. cuma, jangan tinggal aku. kawan selamanya. hari-hari aku berdoa. ALLAH tahu apa yang terbaik. aku yakin dengan DIA. yakin sangat! lihatlah apa yang berlaku sekarang ni. aku dah cuba buang kau dari hidup aku. aku cuba. bukan tak cuba tapi kau datang dengan sendiri sebagai kawan. sebagai kawan, ya!

sakit ini hanya ALLAH yang tahu. sakit ini biar lah aku yang rasa. sakit ini mematangkan aku. ALHAMDULILLAH.

**********************************************************************************

wahai pemilik sebenar sebahagian tulang rusuk ku,
maafkan aku kerana kau mungkin yang kedua dalam kisah hidupku,
aku cuba sedaya yang boleh.
memang salah aku.
mungkin ALLAH temukan aku dengan orang yang salah pada mulanya kerana ALLAH simpankan kau yang paling berhak dan paling padan dengan bentuk sebahagian tulang rusuk yang aku pegang.
maafkan aku.


by,
aku yang tak pasti,
faezah.

6 comments:

  1. aku suke tp dlm masa yg sama sedih :'(
    takpe,perancangan Allah tepat

    ReplyDelete
  2. terimaaaaa kasih sangat sebab korang ada untuk aku. :) anugerah hebat ALLAH beri untuk aku.

    aku yakin dengan ALLAH. :)

    ReplyDelete
  3. what ever it is..
    i always be by your side =)
    biiznillah

    ReplyDelete
  4. thanks for being my bestfriend and be by my side for all the time. love you girls.

    pacak~ thanks sangattttt! nurse. haahaha.
    ninie~ thanks sangattttt! selalu buat aku gelak dengan cerita-cerita kau. yup! ada hikmah. :)

    ReplyDelete