assalamualaikum. hye, there! :)
oh! jom ambil ibrah dari cerita yang saya nak sampaikan ni.
al-kisah nyaa tentang BERTUDUNG. bukan tudung saji, bukan tudung periuk TAPI tudung yang menutupi aurat kita. aurat wanita~ menutup seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan. memang kepala dan rambut termasuk lah kan. belakangan ni, telinga ni ada je dengar orang yang suka mengutuk orang yang tak bertudung. janganlah macam tu cik ABANG. orang tu pun ada perasaan. tu bukan caranya. menyindir dan menghina orang yang tak bertudung~ apa kes?
seperti yang kita tahu lah kan, kat dunia ni tak semua wanita Islam yang pakai tudung. kat Malaysia ni pun ramai. kadang-kadang tertanya juga kenapa tak bertudung. setiap persoalan ada jawapan. InsyaAllah. hati kita DIA yang pegang.
cerita I
kalau online mesti bukak facebook. tiba-tiba nampak lah seorang gadis cantik ni. CHANGED THEIR PROFILE PICTURES. subhanallah, dia memang cantik dan comel. lagi cantik dan bertambah comel bila dia bertudung. rasa bersyukur sangat. Alhamdulillah. sebab ramai yang puji dia comel. hee! selalu jugak post kat wall dia, CUTE BETUL DP <3. dan sekarang lagi cute sebab dah bertudung. dan ramai sangat yang post kat wall dia, ' hijab for real?' and she replied ' InsyaALLAH. i will try to istiqamah. doakan yang terbaik'.
she studies at overseas, memang sangat mencabar untuk melakukan perubahan yang macam tu. seperti tajuk post di atas. plus, she has a sister that wear hijab. before this, dia memang tak bertudung even kakak dia bertudung dan ada ramai kawan yang bertudung. hati kita DIA yang pegang. kalau Allah ingin jadikan sesuatu, maka jadi lah ia.
she said that she started to wear hijab is at the first Ramadhan. subhanallah! indahkan. Allah campakkan hidayah dalam hati dia. :) Alhamdulillah.
cerita II
'faezah, boleh tak ajarkan pakai tudung macam you pakai ni. teringin lah'. okay, that time pakai pashmina yang lilit-lilit tu. dan dan time tu buat tutorial bagaimana untuk melilit pashmina. and the next day, she wore tudung lilit tu. sangat cantik! tapi, the next next next day, dia tak tutup pun rambut dia yang mengurai tu. mula-mula macam sedih lah kan. tapi, Allah lebih mengetahui. HE knows everything. yang penting kita jangan putus doa, tunjuk yang baik kat dia.
actually, ada jugak try cara lain nak ajak bertudung. hee! post kat wall dia. masa tu dia letak DP bertudung. so, i wrote on her wall. ' woot woot! cute nya DP. suka sangat tengok you berhijab.' then, i recommended her to read a novel, QUARTET. kan ada cerita macam mana Misa bertudung. :)
tapi, hati kita Allah yang pegang kan. InsyaAllah, suatu hari nanti Allah campakkan juga hidayah untuk bertudung.
cerita III
dulu, dia seorang yang bertudung. tapi, sekarang tidak. bukannya tak belajar agama. syariah dan Al-quran Sunnah pun dia belajar. mungkin ini adalah sebahagian dari ujian hidupnya, yang dahulunya bertudung dan sekarang sudah tidak lagi. hati kita DIA yang pegang.
okay~ done with the story. cerita I, alhamdulillah dia sudah berhijab. cerita II, alhamdulillah dia ada keinginan untuk berhijab tapi bukan sepenuhnya. cerita III, nauzubillah kalau jadi kat diri kita. InsyaAllah, Allah akan berikan dia yang terbaik. HE KNOWS EVERYTHING.
Surah Yassin ayat 82,
' Sesungguhnya urusan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu Dia hanya berkata kepadanya, "Jadilah!", Maka jadilah sesuatu itu.
so, dont judge a book by its cover. tak semestinya yang tak bertudung itu jahat. tak semestinya yang bertudung itu baik. mari lah kita sentiasa renew iman, charge iman. jangan sesekali kutuk orang yang tak bertudung. tiada siapa yang tak melakukan dosa. kita bukan Nabi Muhammad SAW yang maksum, terhindar dari melakukan dosa.
menyindir, menghina, mengutuk~ BUKAN caranya untuk mengajak ke arah kebaikan. kalau macam tu siapa yang nk ikut. Nabi pun tak pernah berkasar dalam menyampaikan dakwah biarpun baginda di baling batu, diancam bunuh. tapi, lihatlah betapa ramai umat manusia di zaman baginda memeluk Islam. adakah baginda menyindir, menghina, mengutuk orang yang bukan Islam untuk suruh mereka memeluk Islam? renungkanlah.
wahai kaum Hawa sekalian, jom jaga aurat kita. simpanlah kecantikan rambut anda untuk yang berhak melihatnya. tidakkah anda kasihan kepada bakal suami anda? rambut yang mengurai itu sudah dilihat dan ditatapi oleh lelaki lain. Nauzubillah.
jom ambil ibrah dari ketiga-tige cerita kat atas tu. *tepuk bahu sendiri. :)
click it. watch this video. short and simple. WHY GIRLS MUST WEAR HIJAB?
HIJAB IS THE BEST PROTECTION FOR ANY GIRL IN THE WORLD.
harap maaf jika ada tersilap budi bicara. sila lah tegur kalau ada. :)
by,
faezah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

Alhamdulillah,put our trust in Allah.
ReplyDeleteHe holds our heart.so,don't give up! always try hard to let Him put us in the right place,insyaAllah ^_^
InsyaALLAH. thanks Nailah for supporting me. :)
ReplyDeletewalawehh! alhamdulillah pengisian menarik! :) kau kne cte kat aku crite2 ni,full story. hehe
ReplyDeletehee! thanks wani. InsyaAllah ada masa kita jumpa aku nk cerita mcm-mcm kat hang. :)
ReplyDelete